Penyokong Perak F.C.

Pasukan Perak juga mempunyai gerakan penyokong berkonsepkan Ultras yang dikenali sebagai Ultras Silvermania. Kumpulan penyokong ini akan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan kepada para pemain Perak dari awal sebelum perlawanan hingga lah tamat perlawanan tanpa henti. Dipercayai gerakan Silvermania ini dirancang sekitar tahun 2009 dan merupakan antara yang terawal di Liga Malaysia.

Seperti pasukan lain, negeri Perak juga mempunyai lagu penyokong dan liriknya digunakan untuk menaikkan semangat pemain. Versi popular lagu penyokong Perak adalah dalam versi When The Saints Go Marching In.

Ipoh Mali, Ipoh Mali, Ipoh Mali,
Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong.

Satu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor, yang secara kasar diterjemahkan menjadi "kejar, saudara, kejar". Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FC telah memperkenalkan lagu berjudul, 'Skor Yeop Skor'.

Khabar angin mengatakan lagu ini mula kedengaran apabila Perak muncul juara Piala FA Malaysia pada 1990. Sejak itu, laungan Kejor Yeop Kejor menjadi sinonim kepada penyokong Perak. Pada perlawanan akhir Piala FA 1990, Perak ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama dan pada masa rehat, penyokong Selangor bersuara kepada penyokong Perak dengan laungan Kejor Yeop Kejor.

Pada masa separuh masa kedua, Perak berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2 dan penyokong Perak mula melaungkan Kejor Yeop Kejor. Lauangan tersebut menjadi semakin kuat apabila Perak berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Selangor.